Photobucket

Tuesday, December 23, 2008

Assalamualaikum...

Pihak Pengurusan Blog memohon kemaafan atas kelewatan update blog ini..
Ini kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan...
Segala kerjasama anda memajukan Blog ini amatlah diharapkan...
Sekian....

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya...




Selamat Hari Raya Aidilfitri dari JPAM Georgetown kepada semua anggota Georgetown dan kepada semua anggota JPAM seluruh Malaysia....Berhati-hati di jalan raya...

Monday, September 22, 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Thursday, September 18, 2008

Aktiviti Respons Time


23 Ogos jam 2030 hingga 24 Ogos jam 0045 - Jabatan Pertahanan Awam daerah Georgetown telah menjalankan latihan Respons Time yang dibuat di tiga lokasi iaitu di Batu Feringghi bagi Skuad X-Ray (Georgetown), Bukit Gambir bagi Skuad Yenke (Negeri) dan Farlim bagi Skuad Zulu (Butterworth). Aktiviti ini dijalankan bagi melatih anggota jabatan mempraktikkan apa yang dipelajarinya dari kursus yang dijalankan yang telah mereka ikuti.Selain itu, pihak pengurusan juga mahu melihat kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada anggota dan pihak pengurursan aktiviti tersebut.

Thursday, September 11, 2008

Organisasi JPAM Georgeotown

n



CARTA ORGANISASI

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (KP27)
LTM (PA) Zunaidin Bin Abdullah

Pen. Pegawai Pertahanan Awam Daerah (KP26)

......

Unit R & D (KP17)
PPA TB Mohd Fikri Bin Yazan

Unit Bencana & Operasi (KP17)
PPA TB Shamsur Bin Shahhuddin

Unit Latihan (KP17)

PPA TB Sansuri Bin Yacob

Unit Pentadbiran (KP17)

PPA TB Mohd Noor Saidi Bin Noor Lajis

Pembantu Tadbir Kanan (N22)

Marjab Bin Saari

Pembantu Tadbir (N17)

Norasillah Binti Illias

Pembantu Tadbir Kewangan (W17)

Marzatul Shima Binti Abdol Rahim

Pembantu Am Pejabat (N1)

Hairul Azzuan Bin Ali

Pemandu (R3)

Zambri Bin Ahmad

Pemandu (R3)

Ehsan Bin Mohd Nasib

Pemandu (R3)

Hairul Azmi Bin Yahaya

Pemandu (R3)
Alexander A/L Stephen

Pekerja Awam (R1)

Mohamad Zaidi Bin Darus

Pekerja Awam (R1)
Mohd Faizul Bin Zakariya

Tuesday, June 24, 2008

Kemalangan Di Jalan Batu Lanchang,Farlim








Rabu-18 JUN 2008 pukul 10.12 pagi, Bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam Georgetown telah menerima satu panggilan kecemasan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) yang memaklumkan terdapat satu kes kemalangan jalanraya di Jalan Batu Lanchang-Farlim, Georgetown, Pulau Pinang.

Anggota JPAM Georgetown bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki ambulans selepas menerima panggilan tersebut dan tiba di tempat kejadian pada pukul 10.18 pagi. Anggota yang bergegas ke tempat kejadian tersebut diketuai oleh Koperal Suhazratul Nirma dengan dibantu 3 orang anggota termasuk pemandu yang pakar di dalam menyelamat dan pertolongan cemas.

Mangsa bernama Mirjamat Bin Akbar Khan menaiki motosikal Honda Wave 100 memasuki arah bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori muatan 1 Tan. Mangsa mengalami kepatahan di bahagian kaki dan tangan. Anggota JPAM Georgetown yang tiba membuat rawatan dengan segera kepada mangsa.

Selepas selesai membuat rawatan pihak JPAM Georgetown menghantar mangsa ke HPP dan ambulans JPAM Georgetown selamat tiba di HPP pada pukul 10.34 pagi. Pihak JPAM Georgetown menyerah mangsa kepada pihak HPP untuk melakukan rawatan selanjutnya.

Monday, June 23, 2008

Latiahan Mingguan Ascending & Descending






Ahad – 15 Jun 2008 Jabatan Pertahanan Awam Daerah Georgetown telah membuat aktiviti latihan mingguan kali ke-12 di PULAPA Butterworth dan dihadiri seramai 50 orang anggota. Latihan mingguan tersebut diketuai oleh Kapten Mohd Nooryusri Bin Jusoh Pegawai. Sebelum memulakan aktiviti doa dibacakan agar semua aktiviti berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang masalah.

Selepas membaca doa anggota diberi penerangan mengenai latihan Ascending dan Descending. Selepas itu senaman regangan dilakukan untuk mengelakkan kekejangan otot semasa latihan. Selepas itu anggota diberi peralatan A&D seperti topi keselamatan,tali body line, jumma , figure of eight dan carabina.

Selesai senaman anggota diajar mengikat body line ke badan dengan teknik swiss seat. Selepas anggota selesai mengikat swiss seat jurulatih membuat pemeriksaan ikatan tali supaya tidak berlaku kesilapan kerana semasa latihan diajar ikatan pengail untuk digunakan semasa menaiki bangunan atau dikenali dengan teknik Semi Mekanikal.

swiss seat.JPGSelesai menaiki bangunan anggota diajar menuruni bangunan degan teknik Normal Repelling dan Spider Repelling. Selepas anggota selesai A&D anggota diajar teknik stretcher balancing. Sebelum itu anggota diajar cara ikatan stretcher untuk menyelamat.

IMG_2191.JPGAktiviti selesai pada pukul 04.30 petang, dan anggota bertolak pulang ke JPAM Georgetown dan tiba pada pukul 05.15 petang.

Template by : JPAM Pulau Pinang™ jpampp.blogspot.com