Photobucket

Showing posts with label Kes-Kes. Show all posts
Showing posts with label Kes-Kes. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

Operasi Menyelamat Di Mount Enskine











Operasi Menyelamat Di Mount Enskine


Georgetown 6 Julai 2009 : Operasi menyelamat mangsa yang terjatuh Mountain bike diatas bukit Mount Erskine semasa menjalankan sesi latihan kayuh lasak.


Pada pukul 4.49 ptg bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Georgetown telah menerima 1 panggilan daripada orang awam yang mengatakan ada 1 kes jatuh diatas bukit Mount Erskine yang melibatkan seorang mangsa. Sepasukan penyelamat dan paramedik yang bertugas bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah kenderaan pancuan 4 roda dan sebuah ambulans. Operasi yang melibatkan 9 orang anggota dan diketuai oleh Sjn Ng In Heang serta di bantu oleh Kpl Mustaffa dan Kpl Razali. Operasi yang mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke tempat kejadian diatas bukit kerana keadaan bukit yang curam dan pemukaan tanah yang teruk dan terpaksa menggunakan kenderaan pancuan 4 roda. Kenderaan Cuma boleh naik separuh jalan sahaja ini kerana permukaan tanah yang sangat teruk dan petugas penyelamat dan para medik terpaksa berjalan sejauh 2 km untuk sampai ke tempat kejadian.

Atas bantuan dan kerjasama orang awam jugak mangsa telah selamat turun ke bawah pada pukul 5.40 ptg dan mangsa mengalami kepatahan di tangan kiri, muka lebam, mata bengkak dan luka di bahagian kaki. Mangsa terus dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan selanjutnya.


Klik Di Sini untuk Gambar Tambahan

Wednesday, June 3, 2009

Operasi Kerosakan Kereta Kabel di Bukit Bendera


Operasi Kerosakan Kereta Kabel di Bukit Bendera

06 MEI 2009

TERIMA PANGGILAN DARI PIHAK POLIS MENGENAI KEROSAKAN KERETA KABEL DI BUKIT BENDERA. 3 BUAH KENDERAAN JABATAN PERTAHANAN AWAM BERGEGAS KE TEMPAT KEJADIAN DENGAN KEKUATAN ANGGOTA SERAMAI 8 ORANG, DI KETUAI OLEH PPPA MOHD NOORYUSRI JUSOH SERTA DIBANTU OLEH PPA TB MOHD NOOR SAIDI, PSG 11 MOT KAR FAT, PSG 13 YAHAYA DAN PENYELAMAT SJN NG IN HIANG DAN KPL RAZALI SHARIF. DI JANGKAKAN 150 ORANG YANG TERDIRI DARI PELBAGAI PELANCONG ASING TERKANDAS DI ATAS BUKIT BENDERA. OPERASI TERSEBUT SELESAI LEBIH JAM 2130. BANTUAN DARI AGENSI LAIN YANG TERLIBAT SEPERTI JABATAN BOMBA, JKR DAN KENDERAAN SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG. SEMUA MANGSA SELAMAT DITURUNKAN.

Tuesday, June 2, 2009

Laporan Bencana & Operasi Bilik Gerakan 999


Klik pada gambar atau disini untuk paparan lebih jelas (click here)

Tuesday, June 24, 2008

Kemalangan Di Jalan Batu Lanchang,Farlim








Rabu-18 JUN 2008 pukul 10.12 pagi, Bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam Georgetown telah menerima satu panggilan kecemasan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) yang memaklumkan terdapat satu kes kemalangan jalanraya di Jalan Batu Lanchang-Farlim, Georgetown, Pulau Pinang.

Anggota JPAM Georgetown bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki ambulans selepas menerima panggilan tersebut dan tiba di tempat kejadian pada pukul 10.18 pagi. Anggota yang bergegas ke tempat kejadian tersebut diketuai oleh Koperal Suhazratul Nirma dengan dibantu 3 orang anggota termasuk pemandu yang pakar di dalam menyelamat dan pertolongan cemas.

Mangsa bernama Mirjamat Bin Akbar Khan menaiki motosikal Honda Wave 100 memasuki arah bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori muatan 1 Tan. Mangsa mengalami kepatahan di bahagian kaki dan tangan. Anggota JPAM Georgetown yang tiba membuat rawatan dengan segera kepada mangsa.

Selepas selesai membuat rawatan pihak JPAM Georgetown menghantar mangsa ke HPP dan ambulans JPAM Georgetown selamat tiba di HPP pada pukul 10.34 pagi. Pihak JPAM Georgetown menyerah mangsa kepada pihak HPP untuk melakukan rawatan selanjutnya.

Template by : JPAM Pulau Pinang™ jpampp.blogspot.com