Photobucket

Thursday, July 23, 2009

Operasi Menyelamat Di Mount Enskine











Operasi Menyelamat Di Mount Enskine


Georgetown 6 Julai 2009 : Operasi menyelamat mangsa yang terjatuh Mountain bike diatas bukit Mount Erskine semasa menjalankan sesi latihan kayuh lasak.


Pada pukul 4.49 ptg bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Georgetown telah menerima 1 panggilan daripada orang awam yang mengatakan ada 1 kes jatuh diatas bukit Mount Erskine yang melibatkan seorang mangsa. Sepasukan penyelamat dan paramedik yang bertugas bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah kenderaan pancuan 4 roda dan sebuah ambulans. Operasi yang melibatkan 9 orang anggota dan diketuai oleh Sjn Ng In Heang serta di bantu oleh Kpl Mustaffa dan Kpl Razali. Operasi yang mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke tempat kejadian diatas bukit kerana keadaan bukit yang curam dan pemukaan tanah yang teruk dan terpaksa menggunakan kenderaan pancuan 4 roda. Kenderaan Cuma boleh naik separuh jalan sahaja ini kerana permukaan tanah yang sangat teruk dan petugas penyelamat dan para medik terpaksa berjalan sejauh 2 km untuk sampai ke tempat kejadian.

Atas bantuan dan kerjasama orang awam jugak mangsa telah selamat turun ke bawah pada pukul 5.40 ptg dan mangsa mengalami kepatahan di tangan kiri, muka lebam, mata bengkak dan luka di bahagian kaki. Mangsa terus dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan selanjutnya.


Klik Di Sini untuk Gambar Tambahan

0 comments:

Template by : JPAM Pulau Pinang™ jpampp.blogspot.com