Photobucket

Tuesday, June 9, 2009

Latihan Penduduk Setempat Kg. Nelayan







Latihan Penduduk Setempat Kg. Nelayan


PADA 31 MEI 2009 JABATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI PULAU PINANG TELAH MEMBUAT SATU LATIHAN PENDUDUK SETEMPAT DI KOMPLEK NIAGA “KSRKN” KAMPUNG NELAYAN, TELUK KUMBAR. LATIHAN YANG BERMULA PADA JAM 08.00 PAGI HINGGA PUKUL 02.00 PETANG TELAH MENARIK MINAT SERAMAI 251 ORANG PENDUDUK KAMPUNG PELBAGAI KAUM DAN BANGSA DARI ORANG DEWASA HINGGA KE KANAK-KANAK. LATIHAN YANG DIRASMIKAN OLEH Y. B. SYED AMIRUDDIN BIN SYED AHMAD ADUN TELUK KUMBAR DAN DIPERHATIKAN OLEH PENGARAH JABATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI PULAU PINANG MEJAR(PA) NOOR AZAM BIN JOHARI.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DI JALAN KAN ADALAH TARIAN POCHO-POCHO YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH KELAB SUKAN DAN ANGGOTA PERTAHANAN AWAM, MELATIH PENDUDUK SETEMPAT MENGENAI PERTOLONGAN CEMAS, MELAWAN KEBAKARAN, TEKNIK-TEKNIK MENYELAMAT KECEMASAN DAN USUNGAN, MENGADAKAN PAMERAN, MENGADAKAN KELAS IKATAN DAN MEMBUAT PERTUNJUKAN CARA-CARA MELEPASI RUANG SEMPIT.

TUJUAN LATIHAN INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MELATIH MASYARAKAT SETEMPAT MENGENAI ILMU PERTAHANAN AWAM SERAMAI MUNGKIN, MENGURANGKAN KADAR RISIKO KEHILANGAN NYAWA DAN HARTA BENDA AKIBAT BENCANA, MELATIH PASUKAN “FIRST RESPONDER” BAGI SESUATU KAWASAN KAMPUNG SEBELUM MENERIMA BANTUAN DARIPADA ANGENSI PENYELAMAT, MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG LEBIH BERSEDIA DAN BERPENGETAHUAN DALAM MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN BENCANA, MENCAPAI SASARAN SKT YANG DITETAPKAN OLEH IBU PEJABAT, MENGADAKAN PROMOSI PENGAMBILAN ANGGOTA BARU DAN PAMERAN BERKENAAN DENGAN JABATAN.

ANTARA OBJEKTIF UTAMA LATIHAN INI IALAH MENINGKATKAN PENGETAHUAN, PEMAHAMAN, DAN KESEDARAN PESERTA. AKHIR SEKALI CENDERAHATI TELAH DISAMPAIKAN OLEH MEJAR (PA) NOOR AZAM BIN JOHARI PENGARAH JABATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI PULAU PIANANG KEPADA Y.B. SYED AMIRUDDIN BIN SYED AHMAD DAN BERAKHIR DENGAN MAKAN TENGAHARI BESERTA CABUTAN BERTUAH.


Untuk Mendapatkan Lebih Banyak Gambar Klik Disini Atau Masuk Melalui Galeri Gambar

0 comments:

Template by : JPAM Pulau Pinang™ jpampp.blogspot.com