Photobucket

Tuesday, June 24, 2008

Kemalangan Di Jalan Batu Lanchang,Farlim








Rabu-18 JUN 2008 pukul 10.12 pagi, Bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam Georgetown telah menerima satu panggilan kecemasan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) yang memaklumkan terdapat satu kes kemalangan jalanraya di Jalan Batu Lanchang-Farlim, Georgetown, Pulau Pinang.

Anggota JPAM Georgetown bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki ambulans selepas menerima panggilan tersebut dan tiba di tempat kejadian pada pukul 10.18 pagi. Anggota yang bergegas ke tempat kejadian tersebut diketuai oleh Koperal Suhazratul Nirma dengan dibantu 3 orang anggota termasuk pemandu yang pakar di dalam menyelamat dan pertolongan cemas.

Mangsa bernama Mirjamat Bin Akbar Khan menaiki motosikal Honda Wave 100 memasuki arah bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori muatan 1 Tan. Mangsa mengalami kepatahan di bahagian kaki dan tangan. Anggota JPAM Georgetown yang tiba membuat rawatan dengan segera kepada mangsa.

Selepas selesai membuat rawatan pihak JPAM Georgetown menghantar mangsa ke HPP dan ambulans JPAM Georgetown selamat tiba di HPP pada pukul 10.34 pagi. Pihak JPAM Georgetown menyerah mangsa kepada pihak HPP untuk melakukan rawatan selanjutnya.

Monday, June 23, 2008

Latiahan Mingguan Ascending & Descending






Ahad – 15 Jun 2008 Jabatan Pertahanan Awam Daerah Georgetown telah membuat aktiviti latihan mingguan kali ke-12 di PULAPA Butterworth dan dihadiri seramai 50 orang anggota. Latihan mingguan tersebut diketuai oleh Kapten Mohd Nooryusri Bin Jusoh Pegawai. Sebelum memulakan aktiviti doa dibacakan agar semua aktiviti berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang masalah.

Selepas membaca doa anggota diberi penerangan mengenai latihan Ascending dan Descending. Selepas itu senaman regangan dilakukan untuk mengelakkan kekejangan otot semasa latihan. Selepas itu anggota diberi peralatan A&D seperti topi keselamatan,tali body line, jumma , figure of eight dan carabina.

Selesai senaman anggota diajar mengikat body line ke badan dengan teknik swiss seat. Selepas anggota selesai mengikat swiss seat jurulatih membuat pemeriksaan ikatan tali supaya tidak berlaku kesilapan kerana semasa latihan diajar ikatan pengail untuk digunakan semasa menaiki bangunan atau dikenali dengan teknik Semi Mekanikal.

swiss seat.JPGSelesai menaiki bangunan anggota diajar menuruni bangunan degan teknik Normal Repelling dan Spider Repelling. Selepas anggota selesai A&D anggota diajar teknik stretcher balancing. Sebelum itu anggota diajar cara ikatan stretcher untuk menyelamat.

IMG_2191.JPGAktiviti selesai pada pukul 04.30 petang, dan anggota bertolak pulang ke JPAM Georgetown dan tiba pada pukul 05.15 petang.

Template by : JPAM Pulau Pinang™ jpampp.blogspot.com