Photobucket

Thursday, July 23, 2009

Operasi Menyelamat Di Mount Enskine











Operasi Menyelamat Di Mount Enskine


Georgetown 6 Julai 2009 : Operasi menyelamat mangsa yang terjatuh Mountain bike diatas bukit Mount Erskine semasa menjalankan sesi latihan kayuh lasak.


Pada pukul 4.49 ptg bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Georgetown telah menerima 1 panggilan daripada orang awam yang mengatakan ada 1 kes jatuh diatas bukit Mount Erskine yang melibatkan seorang mangsa. Sepasukan penyelamat dan paramedik yang bertugas bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah kenderaan pancuan 4 roda dan sebuah ambulans. Operasi yang melibatkan 9 orang anggota dan diketuai oleh Sjn Ng In Heang serta di bantu oleh Kpl Mustaffa dan Kpl Razali. Operasi yang mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke tempat kejadian diatas bukit kerana keadaan bukit yang curam dan pemukaan tanah yang teruk dan terpaksa menggunakan kenderaan pancuan 4 roda. Kenderaan Cuma boleh naik separuh jalan sahaja ini kerana permukaan tanah yang sangat teruk dan petugas penyelamat dan para medik terpaksa berjalan sejauh 2 km untuk sampai ke tempat kejadian.

Atas bantuan dan kerjasama orang awam jugak mangsa telah selamat turun ke bawah pada pukul 5.40 ptg dan mangsa mengalami kepatahan di tangan kiri, muka lebam, mata bengkak dan luka di bahagian kaki. Mangsa terus dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan selanjutnya.


Klik Di Sini untuk Gambar Tambahan

Tuesday, June 9, 2009

Latihan Penduduk Setempat Kg. Nelayan







Latihan Penduduk Setempat Kg. Nelayan


PADA 31 MEI 2009 JABATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI PULAU PINANG TELAH MEMBUAT SATU LATIHAN PENDUDUK SETEMPAT DI KOMPLEK NIAGA “KSRKN” KAMPUNG NELAYAN, TELUK KUMBAR. LATIHAN YANG BERMULA PADA JAM 08.00 PAGI HINGGA PUKUL 02.00 PETANG TELAH MENARIK MINAT SERAMAI 251 ORANG PENDUDUK KAMPUNG PELBAGAI KAUM DAN BANGSA DARI ORANG DEWASA HINGGA KE KANAK-KANAK. LATIHAN YANG DIRASMIKAN OLEH Y. B. SYED AMIRUDDIN BIN SYED AHMAD ADUN TELUK KUMBAR DAN DIPERHATIKAN OLEH PENGARAH JABATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI PULAU PINANG MEJAR(PA) NOOR AZAM BIN JOHARI.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DI JALAN KAN ADALAH TARIAN POCHO-POCHO YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH KELAB SUKAN DAN ANGGOTA PERTAHANAN AWAM, MELATIH PENDUDUK SETEMPAT MENGENAI PERTOLONGAN CEMAS, MELAWAN KEBAKARAN, TEKNIK-TEKNIK MENYELAMAT KECEMASAN DAN USUNGAN, MENGADAKAN PAMERAN, MENGADAKAN KELAS IKATAN DAN MEMBUAT PERTUNJUKAN CARA-CARA MELEPASI RUANG SEMPIT.

TUJUAN LATIHAN INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MELATIH MASYARAKAT SETEMPAT MENGENAI ILMU PERTAHANAN AWAM SERAMAI MUNGKIN, MENGURANGKAN KADAR RISIKO KEHILANGAN NYAWA DAN HARTA BENDA AKIBAT BENCANA, MELATIH PASUKAN “FIRST RESPONDER” BAGI SESUATU KAWASAN KAMPUNG SEBELUM MENERIMA BANTUAN DARIPADA ANGENSI PENYELAMAT, MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG LEBIH BERSEDIA DAN BERPENGETAHUAN DALAM MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN BENCANA, MENCAPAI SASARAN SKT YANG DITETAPKAN OLEH IBU PEJABAT, MENGADAKAN PROMOSI PENGAMBILAN ANGGOTA BARU DAN PAMERAN BERKENAAN DENGAN JABATAN.

ANTARA OBJEKTIF UTAMA LATIHAN INI IALAH MENINGKATKAN PENGETAHUAN, PEMAHAMAN, DAN KESEDARAN PESERTA. AKHIR SEKALI CENDERAHATI TELAH DISAMPAIKAN OLEH MEJAR (PA) NOOR AZAM BIN JOHARI PENGARAH JABATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI PULAU PIANANG KEPADA Y.B. SYED AMIRUDDIN BIN SYED AHMAD DAN BERAKHIR DENGAN MAKAN TENGAHARI BESERTA CABUTAN BERTUAH.


Untuk Mendapatkan Lebih Banyak Gambar Klik Disini Atau Masuk Melalui Galeri Gambar

Wednesday, June 3, 2009

Operasi Kerosakan Kereta Kabel di Bukit Bendera


Operasi Kerosakan Kereta Kabel di Bukit Bendera

06 MEI 2009

TERIMA PANGGILAN DARI PIHAK POLIS MENGENAI KEROSAKAN KERETA KABEL DI BUKIT BENDERA. 3 BUAH KENDERAAN JABATAN PERTAHANAN AWAM BERGEGAS KE TEMPAT KEJADIAN DENGAN KEKUATAN ANGGOTA SERAMAI 8 ORANG, DI KETUAI OLEH PPPA MOHD NOORYUSRI JUSOH SERTA DIBANTU OLEH PPA TB MOHD NOOR SAIDI, PSG 11 MOT KAR FAT, PSG 13 YAHAYA DAN PENYELAMAT SJN NG IN HIANG DAN KPL RAZALI SHARIF. DI JANGKAKAN 150 ORANG YANG TERDIRI DARI PELBAGAI PELANCONG ASING TERKANDAS DI ATAS BUKIT BENDERA. OPERASI TERSEBUT SELESAI LEBIH JAM 2130. BANTUAN DARI AGENSI LAIN YANG TERLIBAT SEPERTI JABATAN BOMBA, JKR DAN KENDERAAN SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG. SEMUA MANGSA SELAMAT DITURUNKAN.

Tuesday, June 2, 2009

Laporan Bencana & Operasi Bilik Gerakan 999


Klik pada gambar atau disini untuk paparan lebih jelas (click here)

Tuesday, May 26, 2009

Pengambilan Anggota Sukarelawan Baru



Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas. Click Here

Sunday, May 24, 2009

KUNJUNGAN DARI UUM SINTOK KE JABATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH GEORGETOWN


KUNJUNGAN DARI UUM SINTOK KE JABATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH GEORGETOWN


Oleh : Faizul Zakariya

PADA 11 APRIL 2009, TEPAT JAM 1430 JABATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH GEORGETOWN TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK, KEDAH(UUM) SERAMAI 40 ORANG PESERTA DAN DISAMBUT MESRA OLEH PPAD DAERAH GEORGETOWN PULAU PINANG.

SEMPENA LAWATAN MEREKA, ANGGOTA PERTAHANAN AWAM DAERAH GEORGETOWN KOPERAL MOHAMAD ZAIDI BIN DARUS TELAH MEMBERI PENERANGAN PENGOPERASIAN DI BILIK GERAKAN 999 SERTA DEMONSTRASI PENGGUNAAN PERALATAN MEDIK SEMPENA PROGRAM KEMBARA PULAU PINANG.SERAMAI 14 ORANG ANGGOTA PERTAHANAN AWAM DAERAH GEORGETOWN TELAH TERLIBAT DALAM DEMONSTRASI TERSEBUT.

AKHIR SEKALI CENDERAHATI TELAH DISAMPAIKAN OLEH LTM(PA) MOHD NOORYUSRI BIN MD. JUSOH PEGAWAI PERTAHANAN AWAM DAERAH GEORGETOWN KEPADA KETUA LAWATAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN BERAKHIR DENGAN SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI.

Aktiviti Yang Penuh Tenaga Dan Keberanian


AKTIVITI YANG PENUH TENAGA DAN KEBERANIAN

Oleh : Azzuan Ali

AKTIVITI LASAK, PENUH CABARAN DAN PENUH KEPAKARAN YANG TELAH DIJALAN KAN OLEH ANGGOTA PERTAHANAN AWAM DAERAH GEORGETOWN PADA 21 FEBRUARI 2009. AKTIVITI YANG TELAH DI KENDALIKAN OLEH PEGAWAI PERTAHANAN AWAM DAERAH GEORGETOWN (PPAD) LTM.(PA) MOHD NOORYUSRI BIN MD. JUSOH DAN DI BANTU OLEH PS G13 MOHD YAHAYA BIN MOHD NOOR.SERAMAI 30 ORANG ANGGOTA TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI TERSEBUT.

PELAKSANAAN AKTIVITI TERSEBUT YANG DI JALAN KAN ADALAH SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL MENGIKUT MODUL LATIHAN LANJUTAN PERTAHANAN AWAM. ANTARA MATLAMAT UTAMA AKTIVITI INI ADALAH UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN YANG LEBIH MENDALAM MENGENAI SEKSYEN MENYELAMAT.

APA YANG DIBANGGAKAN, SECARA KESELURUHAN, AKTIVITI INI TELAH DILAKSANAKAN DENGAN LANCAR DAN MATLAMAT UTAMA TELAH TERCAPAI.


SYABAS KEPADA SEMUA ANGGOTA PERTAHANAN AWAM DAERAH GEORGETOWN YANG TELAH DIUCAPKAN OLEH PEGAWAI PERTAHANAN AWAM DAERAH GEORGETOWN (PPAD) LTM.(PA) MOHD NOORYUSRI BIN MD. JUSOH.

1. PEGAWAI SEDANG MEMBERI TAKLIMAT KESELAMATAN.


2. ANGGOTA SEDANG MENURUNKAN BARANG-BARANG DARI

KENDERAAN DI TAPAK LATIHAN.

3. SEORANG ANGGOTA MEMBALING TALI STATIK.

4. ANGGOTA MENJAGA KESELAMATAN (BREAK LANE)

5. SEORANG ANGGOTA SEDANG MENURUNKAN BUKIT DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK NORMAL REPELLING.

6. SEDANG MENAIKI TALI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK FULL MECHANICEL.

7. SEORANG ANGGOTA SEDANG MEMBUAT IKATAN.

8. MANGSA SEDANG DI UJI SEBELUM MEMBUAT IMBANGAN PADA USUNGAN.

9. MENGALIH MANGSA DARI HALANGAN DENGAN SISTEM PULLY.


11. MANGSA TELAH SELAMAT DI TURUNKAN DENGAN KAEDAH SISTEM PULLY.

12. PENYELAMAT MENURUNKAN MANGSA MELALUI CERUN-CERUN BUKIT DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH 2 SUDUT.

13. MANGSA TELAH SELAMAT DI TURUNKAN DAN DI SAMBUT OLEH PENYELAMAT DI BAWAH.

Template by : JPAM Pulau Pinang™ jpampp.blogspot.com